-Walawei-

Mari baca sinopsis!


                            SLOT ONLINE NOVELA PERTAMA : INI KISAH KITA!
                                               
                                                      * INI KISAH KITA *
                                                                 


Jalan cerita :
Walaupun mereka berdua pernah bersua beberapa tahun yang lepas, tapi itu dulu. Sekarang lain! Husna juga seperti remaja yang lain,dia mengimpikan zaman remaja yang penuh dengan suka dan duka bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sama seperti rakan-rakan sekampus yang lain, Nasu, Tisal dan Aida.
Islah, dia terlalu patuh dengan kata-kata Tok Aki sehinggakan apabila disuruh menjadi seorang suami kepada cucu angkat datuknya pun, dia masih tidak mampu menolak dengan tegas.
Mampukah dua orang insan yang berlainan perwatakan ini menempuh alam rumahtangga mereka yang terlalu awal ini? Namun, rakan-rakan yang sentiasa ada ketika Husna dalam kesusahan sedikit sebanyak meringankan bebannya. Tapi dia sedar, Nasu, Tisal dan Aida juga ada jalan cerita hidup mereka sendiri dan dia tak mungkin akan mengharapkan mereka untuk menolongnya setiap masa. Husna mahupun Islah tiada pilihan, mereka terpaksa menolong satu sama lain.
Terselit juga kisah antara Tisal, Nasu dan Aida yang sedang meningkat dewasa. Silalah baca..
NURUL HUSNA ,19 Tahun
Betullah tu,seminggu lagi masuk tahun baru tapi aku baru nak sambut hari lahir yang kedua puluh tahun,orang lain dah next year umur dua puluh satu. Kah kah..lawak betul. Eh,hold on! What?a week,then I am twenty one years old?Tok Aki..Tok Aki suruh aku dan Islah kahwin pada umur dua puluh satu. Hancus!!!
*******
Bilalah agaknya aku boleh balik ni?Ibu, Nurul takut la..Walaupun ummi Awa baik,Nurul tak biasa dengan keluarga ni..Isk,isk..
Air mata yang ditahan sedari tadi mengalir juga walaupun sedikit,tetapi dia cepat-cepat menyeka air mata itu apabila kelibat bibik Ija berdiri di sebelahnya yang sedang mencuci pinggan terakhir yang sudah bersabun itu.
Tiba-tiba ada bibik Ija menghulurkan tisu, terbantut tugasnya seketika. Huluran tisu itu disambut tetapi ada sesuatu yang tidak kena.
 Bila masanya,tangan bibik Ija warna kuning langsat ni..and nampak macam kasar sikit?
NUR ILHAM ISLAH, 19 Tahun.
“Dah puas tenung tangan aku?.”suara itu?Dingin.Suara..Islah!
Islah menahan tawanya apabila melihat Husna yang kalut kerana dia tahu tunangnya itu.Er..tunang?Yup!Tunangnya tidak selesa berada di situ,dia dapat mengesan air mata yang mengalir di wajahnya sebentar tadi.
********
Ini,kontrak kita berdua.Aku tahu,kau dan aku perlukannya.”Islah menghulurkan kertas yang sudah bertaip itu kepada Husna.
Islah tersenyum,cantik juga dia ni.Eh,wake up!wake up!
“Trust me.”jawab Islah sebelum menuju ke pintu utama bilik mereka tetapi dia berhenti seketika kemudian beralih ke Husna.
“Kau..er,kau nampak cantik dengan pakaian tu.”Tup!Pintu bilik itu ditutup perlahan.


*marilah sama-sama ikuti kisah mereka ini*


                                 ONLINE NOVELA KEDUA : RAHSIA DI KOTA SEOUL

                                                   * Rahsia Di Kota Seoul *




Pindah sekolah? Biasalah? Memanglah ia suatu kebiasaan tapi jika perlu berpindah ke negara orang, itu bukan biasa tapi luar biasa! Dia, Izrin Zulaika terpaksa mengikut ibu dan ayahnya berpindah ke Korea Selatan atas urusan kerja ayahnya. Mungkin ada yang mencemburuinya kerana berjaya menjejakkan kaki ke negara empat musim itu tetapi lain pula baginya yang ternyata berharap bahawa semua ni hanyalah mimpi. Hidupnya di bumi asing itu tidaklah seindah drama-drama yang sering ditayangkan di dalam televisyen. Hari pertama di sekolah barunya sahaja, dia sudah dikecam oleh lima orang pelajar popular sekolahnya. Bak drama Boys Over Flower! Selepas beberapa bulan, dia dikhianati oleh juniornya pula. Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa terseksanya dia. Kemunculan Imran,menyesakkan fikirannya. Mimpi yang pelik datang berulang kali! Dia buntu,apakah rahsia yang tersimpan di Kota Seoul? Dia berusaha mencari dan akhirnya..
-silalah baca, para pengunjung sekalian (n_n)-
                                     
                                       SLOT CERPEN : SIKIT PUN TAK!


Mengisahkan kehidupan seorang pelajar perempuan yang kehilangan ingatannya dalam satu kemalangan selepas tamat peperiksaan SPM. Sepanjang insiden komanya, terlalu banyak perkara yang telah berlaku pada dirinya tanpa dia sedari. Setelah dia kembali pulih, dia meneruskan kerjayanya dan tiba-tiba ingatannya kembali apabila dia didedahkan dengan segala-galanya. Dia menjadi tunangan orang? Iqbal,siapa dia? Ibu? Ira? Faris?
Disebabkan egonya, dia menolak jauh Iqbal dari hidupnya. Dia tidak perlukan belas kasihan Iqbal, sedangkan Iqbal pula terpaksa menerima cinta dan sayangnya tidak berbalas. Akhirnya Iqbal menghilang. Ikatan mereka terputus,mampukah disambung kembali? Dan terlambatkah Sue untuk menarik semula ikatan itu apabila diari hitam milik Iqbal sudah menceritakan segala-galanya..
-jemputlah baca-              
                                                          KITA = SESIPUT!


Mereka berdua sememangnya rapat sedari kecil lagi, berjanji untuk sentiasa bersama dan menjadi di antara sepupu yang terbaik. Namun badai yang melanda tidak dapat diduga, Alif terpaksa berpindah ke luar negara bersama Mak Long dan Pak Long ekoran fitnah yang ditaburkan ke atas Pak Long sendiri. Afifah pula redha dengan pemergian satu-satunya sepupunya yang sebaya dengannya itu.
Masa berlalu terlalu cepat,mereka kini sudah berusia lepasan tahun dan kali ini Afifah menjejakkan kaki ke bumi asing iaitu Korea Selatan untuk bertemu dengan keluarga Pak Longnya sekaligus melunaskan tugas sulitnya. Tanpa sedar, ada rahsia yang disembunyikan oleh Alif sendiri daripada Afifah. Selesai sahaja satu masalah,timbul pula yang lain.
*ketahuilah rahsia dan masalah itu sendiri dengan membacanya,selamat membaca!!!*

2 comments:

  1. crita skit pun x & kta sesiput.x dok smbngn ko??I'm just want to know..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,cerita itu direka dalam bentuk cerpen sahaja.Mungkin akan ada sambung jikalau ada yang meminta..*nakkan sambungnnye ke?*
      **terima kasih krn bertanyer,NMS rasa seronok.hehe*

      Delete

ASSALAMUALAIKUM! selamat datang... (n____n). Thanks for your visit..come again,later..bye