-Walawei-

Atiyah!Please help me!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum,sudah beberapa bulan blog ini aku tak hias dengan hantaran berbentuk e-novel aku.

Rindu untuk menaip sudah pasti!I miss U!Rindu aku pada watak serta perwatakan Si Nurul,Islah!Rindu 

pada suasana perkahwinan mereka.Rindu pada sikap penjaga amanah Islah!Rindu pada sikap ambil berat 

Nurul!Waaaaaaaaaaaaa!Rindunya!Aku rindu pada watak Imtisal yang selalu bersama payungnya!Rindu 

akan si Helmi dengan sikap penyibuk tak tentu pasal!Itu tak cakap lagi,rindu pada si Nasu yang kerjanya  

hanya nak mengelak daripada Si lem!Akhir sekali..Aku rindu pada Ikram yang menjadi musuh tradisi Nasu 

tapi pasangan hebat perbahasan bahasa isyarat!Ya Allah...Rindu nak menulis..Rindu!!!

Ini khas untuk dia,dia memahami aku.

Bismillahhirrohmanirrohim..
#flashback#
Ramadhan yang sudah meninggalkan kita.

Mampukah nanti bertemu lagi dengan Ramadhan lagi untuk tahun akan datang?
Hati ini kadangkala terfikir..
Ya,Allah..Mohon agar diberikan kami kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun yang akan datang serta permudahankanlah amal ibadat kami pada bulan mulia itu.Amin,yarobbala'lamin..

28/8/2012

Terasa hilang idea,patah hati,tak mampu nak berusaha lagi dan rasa iri hati yang menebal sudah bersarang di dalam fikiran aku.

Berulang kali aku bertanya pada rakan baikku (Tiyah), 'apakah wajar aku untuk berhenti berusaha untuk menulis kerana aku rasakan diri aku tiada bakat?'

Berulang kali juga aku khabarkan bahawa aku rasa penat dan mungkin tak sempat ataupun tak ada masa nak menghabiskan manuskrip cerita ku. Entah,entah dan entah!

Tetapi Tiyah,dia memang seorang rakan yang setia membaca setiap coretan tak seberapa aku..
Dia menegah! Menegah sama sekali aku dari berputus asa.

Terima kasih Tiyah.Post kali ini,khas untuk hang.
*aku akan berusaha untuk siapkan manuskrip tu,aku akan!*
-to all yang sudi singgah dan baca,terima kasih (n_n)-

Mari baca sinopsis!


                            SLOT ONLINE NOVELA PERTAMA : INI KISAH KITA!
                                               
                                                      * INI KISAH KITA *
                                                                 


Jalan cerita :
Walaupun mereka berdua pernah bersua beberapa tahun yang lepas, tapi itu dulu. Sekarang lain! Husna juga seperti remaja yang lain,dia mengimpikan zaman remaja yang penuh dengan suka dan duka bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sama seperti rakan-rakan sekampus yang lain, Nasu, Tisal dan Aida.
Islah, dia terlalu patuh dengan kata-kata Tok Aki sehinggakan apabila disuruh menjadi seorang suami kepada cucu angkat datuknya pun, dia masih tidak mampu menolak dengan tegas.
Mampukah dua orang insan yang berlainan perwatakan ini menempuh alam rumahtangga mereka yang terlalu awal ini? Namun, rakan-rakan yang sentiasa ada ketika Husna dalam kesusahan sedikit sebanyak meringankan bebannya. Tapi dia sedar, Nasu, Tisal dan Aida juga ada jalan cerita hidup mereka sendiri dan dia tak mungkin akan mengharapkan mereka untuk menolongnya setiap masa. Husna mahupun Islah tiada pilihan, mereka terpaksa menolong satu sama lain.
Terselit juga kisah antara Tisal, Nasu dan Aida yang sedang meningkat dewasa. Silalah baca..
NURUL HUSNA ,19 Tahun
Betullah tu,seminggu lagi masuk tahun baru tapi aku baru nak sambut hari lahir yang kedua puluh tahun,orang lain dah next year umur dua puluh satu. Kah kah..lawak betul. Eh,hold on! What?a week,then I am twenty one years old?Tok Aki..Tok Aki suruh aku dan Islah kahwin pada umur dua puluh satu. Hancus!!!
*******
Bilalah agaknya aku boleh balik ni?Ibu, Nurul takut la..Walaupun ummi Awa baik,Nurul tak biasa dengan keluarga ni..Isk,isk..
Air mata yang ditahan sedari tadi mengalir juga walaupun sedikit,tetapi dia cepat-cepat menyeka air mata itu apabila kelibat bibik Ija berdiri di sebelahnya yang sedang mencuci pinggan terakhir yang sudah bersabun itu.
Tiba-tiba ada bibik Ija menghulurkan tisu, terbantut tugasnya seketika. Huluran tisu itu disambut tetapi ada sesuatu yang tidak kena.
 Bila masanya,tangan bibik Ija warna kuning langsat ni..and nampak macam kasar sikit?
NUR ILHAM ISLAH, 19 Tahun.
“Dah puas tenung tangan aku?.”suara itu?Dingin.Suara..Islah!
Islah menahan tawanya apabila melihat Husna yang kalut kerana dia tahu tunangnya itu.Er..tunang?Yup!Tunangnya tidak selesa berada di situ,dia dapat mengesan air mata yang mengalir di wajahnya sebentar tadi.
********
Ini,kontrak kita berdua.Aku tahu,kau dan aku perlukannya.”Islah menghulurkan kertas yang sudah bertaip itu kepada Husna.
Islah tersenyum,cantik juga dia ni.Eh,wake up!wake up!
“Trust me.”jawab Islah sebelum menuju ke pintu utama bilik mereka tetapi dia berhenti seketika kemudian beralih ke Husna.
“Kau..er,kau nampak cantik dengan pakaian tu.”Tup!Pintu bilik itu ditutup perlahan.


*marilah sama-sama ikuti kisah mereka ini*


                                 ONLINE NOVELA KEDUA : RAHSIA DI KOTA SEOUL

                                                   * Rahsia Di Kota Seoul *




Pindah sekolah? Biasalah? Memanglah ia suatu kebiasaan tapi jika perlu berpindah ke negara orang, itu bukan biasa tapi luar biasa! Dia, Izrin Zulaika terpaksa mengikut ibu dan ayahnya berpindah ke Korea Selatan atas urusan kerja ayahnya. Mungkin ada yang mencemburuinya kerana berjaya menjejakkan kaki ke negara empat musim itu tetapi lain pula baginya yang ternyata berharap bahawa semua ni hanyalah mimpi. Hidupnya di bumi asing itu tidaklah seindah drama-drama yang sering ditayangkan di dalam televisyen. Hari pertama di sekolah barunya sahaja, dia sudah dikecam oleh lima orang pelajar popular sekolahnya. Bak drama Boys Over Flower! Selepas beberapa bulan, dia dikhianati oleh juniornya pula. Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa terseksanya dia. Kemunculan Imran,menyesakkan fikirannya. Mimpi yang pelik datang berulang kali! Dia buntu,apakah rahsia yang tersimpan di Kota Seoul? Dia berusaha mencari dan akhirnya..
-silalah baca, para pengunjung sekalian (n_n)-
                                     
                                       SLOT CERPEN : SIKIT PUN TAK!


Mengisahkan kehidupan seorang pelajar perempuan yang kehilangan ingatannya dalam satu kemalangan selepas tamat peperiksaan SPM. Sepanjang insiden komanya, terlalu banyak perkara yang telah berlaku pada dirinya tanpa dia sedari. Setelah dia kembali pulih, dia meneruskan kerjayanya dan tiba-tiba ingatannya kembali apabila dia didedahkan dengan segala-galanya. Dia menjadi tunangan orang? Iqbal,siapa dia? Ibu? Ira? Faris?
Disebabkan egonya, dia menolak jauh Iqbal dari hidupnya. Dia tidak perlukan belas kasihan Iqbal, sedangkan Iqbal pula terpaksa menerima cinta dan sayangnya tidak berbalas. Akhirnya Iqbal menghilang. Ikatan mereka terputus,mampukah disambung kembali? Dan terlambatkah Sue untuk menarik semula ikatan itu apabila diari hitam milik Iqbal sudah menceritakan segala-galanya..
-jemputlah baca-              
                                                          KITA = SESIPUT!


Mereka berdua sememangnya rapat sedari kecil lagi, berjanji untuk sentiasa bersama dan menjadi di antara sepupu yang terbaik. Namun badai yang melanda tidak dapat diduga, Alif terpaksa berpindah ke luar negara bersama Mak Long dan Pak Long ekoran fitnah yang ditaburkan ke atas Pak Long sendiri. Afifah pula redha dengan pemergian satu-satunya sepupunya yang sebaya dengannya itu.
Masa berlalu terlalu cepat,mereka kini sudah berusia lepasan tahun dan kali ini Afifah menjejakkan kaki ke bumi asing iaitu Korea Selatan untuk bertemu dengan keluarga Pak Longnya sekaligus melunaskan tugas sulitnya. Tanpa sedar, ada rahsia yang disembunyikan oleh Alif sendiri daripada Afifah. Selesai sahaja satu masalah,timbul pula yang lain.
*ketahuilah rahsia dan masalah itu sendiri dengan membacanya,selamat membaca!!!*

Post terkini? Untuk memperkenalkan BLOG UNSELECTED STORY (2 post in one time!)





Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.


New entry for this day,readers. Seperti yang anda sedia maklum, saya pernah memberitahu 


bahawa kebanyakan nama watak di dalam cerita ditulis oleh saya ialah diambil sendiri 


daripada rakan taulan dan pada hari ini,akhirnya saya berkesempatan untuk 


memperkenalkan kepada anda semua wajah-wajah para penderma nama ini. Mereka ialah 


terdiri daripada:


1.Nurul Husna (a.k.a Nurul Husna dlm INI KISAH KITA!)
2.Azureen (a.k.a Tengku Azureen dlm KITA=SESIPUT!)
3.Imtisal (a.k.a Tisal dlm INI KISAH KITA!)
4.Nasuha (a.k.a Nasu dlm INI KISAH KITA!)
5.Ummi Umairah (a.k.a Ummi dlm KITA=SESIPUT!)
6. Noor Aiedda ( a.k.a Aida dlm INI KISAH KITA!)
7. Afifah (a.k.a Fie dlm KITA=SESIPUT!)
8. Noor Atiyah (as gambar heroin untuk cover RAHSIA DI KOTA SEOUL)
9. Nurul Farhana (as gambar heroin untuk episod RAHSIA DI KOTA SEOUL)


* Saya mohon maaf kepada empunya nama watak-watak berikut kerana saya tidak memiliki gambar anda, hanya mampu menaip nama anda sahaja. Maaf sekali lagi.


10. Nurul Fariha (a.k.a Ira dlm SIKIT PUN TAK!)
11. Dhania Izzati (a.k.a Nia sepupu Husna dlm INI KISAH KITA!)


- ok,selesai sudah sesi pengenalan kepada empunya nama watak di dalam cerita saya. Anda 


pula bagaimana? Teringin menderma nama anda pada saya untuk digunakan dalam cerita 


yang bakal saya taip selepas ini? Senang sahaja, anda boleh emailkan kepada saya di alamat 


email saya iaitu nasuhamatsalleh@yahoo.com (nak sertakan gambar berukuran passport pun 


bolleeh,hehe). Anda juga boleh menghantar sebarang komen atau apa sahaja seperti idea 


yang terpendam tapi tidak dapat anda luahkan melalui penulisan tapi memerlukan seseorang 


yang mungkin boleh menulis dan saya bersedia untuk berkhidmat. J 


Sayonara!!Assalamualaikum,semua!-

 
*tinggalkanlah memori anda bersama saya* (n_n)


Eh,eh! Tunggu dulu,sebelum menoktahkan taipan saya,ingin saya berkongsi serba sedikit berkaitan dengan 


para penulis yang saya sendiri kagumi dengan bakat mereka dan mereka ialah:


1.Kak Bikash Nur Idris
2.Hlovate
3.Kak Ainin Naufal
4.Kak Hafirda Afiela

KOMIK, KARTUN, KAMUS DEWAN dan CERITA AKSI? PERLUKAH DALAM HIDUP NMS?



 Apa pula kali ini?


Assalamualaikum, kali ini saya NMS nak berkongsi sedikit sebanyak tentang buku hiburan seperti komik. 


Sebagai seorang penulis amatur,tidak semestinya saya hanya asyik terperap dengan buku-buku sastera 


sahaja. Saya juga minat membaca buku cerita yang berilustrasi dan fantasi kerana mungkin dari situ juga 


timbul idea yang boleh saya gunakan dalam cerita yang bakal saya karang. Bukan itu sahaja, menonton 

drama kartun serta aksi juga boleh mambantu saya mengisi sedikit idea berkaitan watak dan perwatakan di

dalam cerita saya. Walaubagaimana pun, perbendaharaan kata yang sesuai adalah lebih penting,bukan? Oleh

kerana itulah saya sering kali merujuk kepada kamus dewan bahasa untuk membina ayat yang bersesuaian

dengan setiap situasa yang digambarkan.


Apa-apa pun,saya hanyalah insan biasa yang baru sahaja cuba-cuba untuk bersimpuh di dalam arena 

penulisan online novel dan cerpen ini,jika ada salah penggunaan ayat atau apa jua kesalahan yang saya

lakukan,harap anda semua yang membaca blog saya boleh membetulkannya.


Sekian dari saya, NMS. Assalamualaikum! Have a nice day,insyaAllah!
                                            
                                                                *Kamen Rider W*
*cardcapture Sakura*
 

 
 

*Cartoon lagi*    *Bleach*

 

*tinggalkanlah memori anda bersama saya* (n_n)

Bersemangat kembali!

Bismillahhirrohmanirrohim,bersyukurlah kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang untuk bernafas sekali lagi hari ini.Alhamdulillah..
Today is about my short story.Cerita pendek yang telah aku hantar kepada sevenstreetwriters ,diterbitkan di blog mereka pada 30 Januari yang lalu. Mereka tolong sediakan cover untuk cerpen setiap peserta,memang sangat aku hargai.. (n_n) Thanks.Here we go,please look above combination of mine and them. (~o~)



yang mana lebih cantik?
yang mana lebih sesesuai?
leave ur comments..hehe


Sikit pun tak (original,in my blog)

Sikit pun tak versi edit (send to sevenwriters' blog)

ASSALAMUALAIKUM! selamat datang... (n____n). Thanks for your visit..come again,later..bye